Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Tunjang merupakan sebuah pekan kecil terletak kira-kira 7 kilometer dari Pekan Jitra, Kedah. Ia bukanlah popular sebagai tempat pelancongan tetapi lebih dikenali sebagai pekan yang mengeluarkan "Durian Bukit Tunjang" yang popular di Utara Kedah.

Kira-kira 3 kilometer dari pekan Tunjang, terdapat sebuah kampung yang dikenali dengan "Kampung Pulau Pisang" yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada "Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam" satu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KLIK DENGAN BIJAK – JAMBORI SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP KEDAH DAN PERSAUDARAAN ANTARABANGSA 2022

Aktiviti Terkini | 3-5 Disember 2022

Taklimat ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai masalah yang wujud di sosial media. .........baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK – KENALI PERSONALITI MELALUI SOSIAL MEDIA

Aktiviti Terkini | 3 November 2022

Sebagai Inisiatif PEDi dalam menyampaikan Taklimat Kempen Klik Dengan Bijak kepada pelajar khususnya dari kalangan remaja.........baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2022

Memberi pengenalan tentang UUM kepada para pelajar........baca selanjutnya

KUIZ DAN PUZZLE ONLINE SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

Memberi pendedahan awal dan pengenalan kepada komputer dan fungsi papan kekunci........baca selanjutnya

KELAS PENGENALAN KOMPUTER DAN FUNGSI PAPAN KEKUNCI

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

Memberi pendedahan awal dan pengenalan kepada komputer dan fungsi papan kekunci........baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI TUNJANG

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022

Bagi menyemarakkan sambutan Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan menjelang 31 Ogos ini..........baca selanjutnya

PENGENALAN KOMPUTER SQUAD JUMAAT – SIRI 1

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Memberi pengenalan kepada komputer sebagai permulaan kepada kemahiran ICT...........baca selanjutnya

LIVE FB PAGE : PERANGI BERITA PALSU

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2022

Berkongsi impak penularan berita palsu kepada masyarakat dan negara jika ianya tidak dibendung.............baca selanjutnya

VIDEO : SHOPEE HACK – SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022

Membantu usahawan yang berniaga di Shopee untuk meningkatkan keterlihatan kedai apabila pembeli mencari produk yang berkaitan dengan perniagaan mereka............baca selanjutnya

LIVE FB PAGE : MYSALAM

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Memberi pengenalan mengenai apa itu MySalam............baca selanjutnya

VIDEO : CARA BUAT GARISAN TITIK-TITIK PADA ISI KANDUNGAN DI MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2022

Berkongsikan cara mudah utuk buat garisan titik-titik pada isi kandungan supaya dapat menjimatkan masa dan mendapat hasil kerja yang lebih kemas di Miscrosoft Word............baca selanjutnya

LIVE FB PAGE : KAD RAYA DIGITAL | CANVA.COM

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Mengajar cara membuat kad raya digital menggunakan Canva.com...........baca selanjutnya

VIDEO : RAHSIA SEARCH DI GOOGLE DENGAN TEPAT

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

Memahirkan pengguna dengan Google Search...........baca selanjutnya

KELAS LATIHAN MENAIP | MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

Memahirkan pelajar dengan papan kekunci komputer...........baca selanjutnya

LIVE FB PAGE : MEDIA SOSIAL JADI PENTAS UNTUK MENGKRITIK?

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2022

Memberi pendedahan tentang Program Matrikulasi kepada pelajar lepasan SPM............baca selanjutnya

LIVE FB PAGE : MEDIA SOSIAL JADI PENTAS UNTUK MENGKRITIK?

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

Memberi kesedaran kepada pengguna media sosial supaya usah budayakan komen negatif di media sosial...........baca selanjutnya

SHORT VIDEO: SENARAI BARANG TERLARANG DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

Menambah info baru buat usahawan yang baru khususnya yang masih belum tahu mengenai barang terlarang di shopee...........baca selanjutnya

AKTIVITI MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Aktiviti ini dapat memberangsangkan dan memupuk kreativiti kanak-kanak............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti