Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Tunjang merupakan sebuah pekan kecil terletak kira-kira 7 kilometer dari Pekan Jitra, Kedah. Ia bukanlah popular sebagai tempat pelancongan tetapi lebih dikenali sebagai pekan yang mengeluarkan "Durian Bukit Tunjang" yang popular di Utara Kedah.

Kira-kira 3 kilometer dari pekan Tunjang, terdapat sebuah kampung yang dikenali dengan "Kampung Pulau Pisang" yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada "Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam" satu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


FUTURE SKILLS FOR ALL ; KELAS PENGAJARAN MICROBIT

Aktiviti Terkini | 25 Disember 2020

Menarik minat Dalam kalangan pelajar Dalam pembelajaran cara baru dan teknik baru....baca selanjutnya

ICT E-LEARNING VIDEO & FB LIVE USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 22 & 29 NOVEMBER 2020

Menyebarkan ilmu ICT dan ilmu keusahawanan secara medium online walaupun dalam tempoh PKPB ....baca selanjutnya

KELAS ICT : E-COMMERCE

Aktiviti Terkini | 1 - 31 Oktober 2020

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan staf PIK cara untuk memasarkan produk di alam maya....baca selanjutnya

PROGRAM MISI 5G (GARAP, GENIUS, GIAT, GIGIH, GAH)

Aktiviti Terkini | 6 September 2020

Memenuhi slot keusahawanan jemputan dari pihak mcmc ...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 1 September 2020

Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ....baca selanjutnya

EDARAN VIDEO INTEGRITI

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2020

Sebagai sokongan kepada MEDAC iaitu sebuah Agensi Peneraju bagi Inisiatif 2.4.8 Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 ...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini |14 Februari 2020

Memainkan peranan sebagai staff PI untuk memberi kesedaran mengenai jenayah cyber masa kini di kalangan pelajar utamanya....baca selanjutnya

PROGRAM - INDOOR GAMES

Aktiviti Terkini |18 Jan 2020

Sebagai memenuhi KPI tahunan Pusat Internet Tunjang....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti