AKTIVITI KUIZ & MEWARNA ONLINE BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 15 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kampung Tanjung

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Tunjang telah mendapat jemputan oleh Perpustakaan Desa Kampung Tanjung untuk mengadakan aktiviti bersama komuniti kampung di kalangan pelajar sekolah rendah sempena musim cuti sekolah.

Tujuan :
• Mendedahkan pelajar kepada kemahiran ICT sambil menguji pengetahuan umum.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mengadakan kuiz online kahoot, kuiz KDB kepada pelajar.
• Mengadakan aktiviti mewarna online kepada pelajar tadika.
• Memberikan saguhati kepada yang berjaya menjawab kuiz dengan betul.
• Memperkenalkan info mengenai PEDI.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan kepada komuniti kawasan sekitar mengenai kewujudan PEDi Tunjang.
• PEDi Tunjang dapat menjalinkan kerjasama bersama Perpustakaan Desa bagi membantu penduduk kampung khususnya pelajar bagi menguasai kemahiran ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :