KELAS KEUSAHAWANAN – TIKTOK SHOP FOR BUSINESS

Aktiviti terkini | 13 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Tunjang, Jitra Kedah

Nama VIP :
Sofea Nazira Abd Razak (Rakan Digital PEDi Gunung Hilir)

Ringkasan Aktiviti :
Kelas Keusahawanan – Tiktok Shop For Business telah diadakan di PEDi Tunjang yang melibatkan komuniti setempat di Pekan Tunjang (10 orang peserta).

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang platform terbaru perniagaan secara digital iaitu melalui Tiktok Shop
• Memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk memulakan perniagaan mereka melalui Tiktok Shop

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program telah berlangsung dengan kehadiran para peserta ke PEDi Tunjang
• Para pelajar akan diberikan taklimat ringkas tentang platform Tiktok Shop serta kelebihannya
• Para peserta diajar secara satu per satu cara untuk membuka akaun Tiktok Shop serta cara menggunakannya
• Kelas diakhiri dengan sesi soal dan jawab.

Kelebihan Aktiviti :
• PEDi secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsinya sebagai pusat pendigitalan perniagaan kepada komuniti
• Komuniti dapat menambah platform perniagaan atas talian mereka dengan mudah
• Komuniti dapat menambah pendapatan mereka melalui penjualan secara atas talian di Tiktok Shop

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :